Jumaat, Januari 06, 2012

Hari Pertama Sekolah ~04 Januari 2012




Pagi-pagi lagi rumah dah riuh dengan telatah anak-anak di hari pertama persekolahan , nampaknya sepanjang 3 hari aku bercuti ni sunyilah jawabnya... manakan tidak lepas balik dari sekolah kebangsaan maira, abby dan syasya dah bergegas ke sek agama pulak 
manakala hasif dari sekolah agama tengahari dah kalut nak ke sek kebangsaan.... penat juga dalam masa dua hari ni aku kat rumah uruskan anak-anak. Bukan senang rupanya... sebulan bercuti budak-budak ni asyik main , bising dan rumah dah macam taska jer... tapi bila musim sekolah dah mula sunyi sepi lah rumah.... barulah aku sedar bahawa anak2 dah makin membesar.... nampak gayanya lepas ni aku kena belajar memahami anak-anak yang dah semakin meningkat remaja.... dan perlu belajar camana pulak nak takle hati anak-anak remaja nie..... 







Pagi-pagi lagi Hasif dah berposing . dipaksanya aku ambik gambar gambar dia... kakak-kakak pun menjadi mangsa termasuklah uminya yang tak cukup tidor tu... nampak tak mata umi macam tak larat nak buka jer...



syasya nampak sangat seronok nak sekolah seawal 5.30pg dah bangun dari tidor.... dah 10 tahun umurnya
masih kekal di kelas Intan so tahun ni 4 Intan lah.... sementara maira dan abby pun sama.... masih kekal di Intan dan Berlian belajar rajin-rajin yer supaya senang di kemudian hari.....




dah besar anak-anak ayah yer....  tahun ni maira dah 12 tahun, abby dah 11 tahun syasya pula 10 tahun... hasif pulak baru 7 tahun.... Tiada harta yang berjuta ringgit mampu ayah sediakan untuk kalian melainkan peluang belajar dan menimba ilmu pengetahuan yang harus kalian teroka dengan cemerlang agar dapat menjadi insan yang berilmu dan berjaya di dunia dan akhirat......