23 Feb 2012...
petang jer kepala pun mulalah buat hal.... pening nyer macam diperah2.... ikhtiar aku kali ni pergi ke Taman Impian Emas Skudai JB untuk rawatan Ozon Terapi.
Sampai kat sana pun dalam pukul 2pm... mak oii rupanya ramai uncle2 yang datang.... antaranya dari Tanjung Pinang Indonesia seramai 9 orang dan dari Singapore dalam 4 orang.... nasib baiklah giliran dorang ni dah habis dan aku pun mujur bebanyaklah sebab isteri dah buat temujanji awal2 ngan Nadia (manager kat sini)
Ozon terapi ni sebenarnya untuk cuci darah, banyak kelebihan kalau kita cuci darah ni... kalau nak tau lebih lanjut boleh layari laman web nie. http://cikwiduri.wordpress.com/2011/04/30/terapi-ozon-cuci-darah/.
nampak tak putih2 yang ada pada tiub berisi darah tu??? itulah kolestrol yang ada dalam salur darah.....
TERAPI ozon mungkin baru di negara ini, tetapi di Eropah dan Amerika Syarikat, ia adalah kaedah paling popular untuk merawat pelbagai jenis penyakit dan memelihara kesihatan.
Ozon untuk tujuan perubatan adalah campuran 0.05-5.0 peratus ozon dan 99.95-95 peratus oksigen.
Ia menghapuskan pelbagai virus, yis, kulat dan protozoa, meningkat ketahanan badan, membersihkan darah dan limpa, menyeimbangkan proses penghasilan hormon dan enzim, mengurangkan radang, menenangkan sistem saraf, mem berhentikan pendarahan, mencegah kejutan, kesan teruk akibat strok, ‘Cardian Arrhythmia’, memulihkan fungsi otak dan daya ingatan serta membuang toksin.
Pengarah Urusan 1Green Product (M) Sdn Bhd, Rahmat Ahmad, berkata terapi ozon adalah sistem rawatan mem bersih saluran darah melalui dua kaedah iaitu ‘Extracorporeal Blood Oxygenation and Ozonation’ dan ‘Simple Access Fluid Extraction.’
“Darah pesakit disedut keluar dan disalurkan menerusi tiub ke tabung terapi ozon sebelum dialirkan semula ke tubuh pesakit selepas dibersih dan diozon mengikut kaedah pertama.
‘Simple Access Fluid Extraction’ pula menyah kotoran dari saluran darah seperti bendalir terbuang, toksin, virus, bakteria dan asid berlebihan ke tabung pembuangan.
Pengurus Jualan dan Pembangunan Perniagaannya, Raja Shaharulhisham Raja Othman, berkata terapi ozon memang popular di Eropah.
“Jika melakukan pembedahan pintasan jantung, darah pesakit masih ada kolestrol, tetapi rawatan terapi ozon membolehkan ia mencuci dan membuang kolestrol dalam darah.
Inilah bukti rawatan cuci darah my lovely wife tempohari.... gambar kawan tak yah lah yer... bukan apa malu aahhh!!
bukan nak promosi klinik ni tapi sekadar nak kongsi maklumat kesihatan jer.... kalau kita sama2 sihat kan alhamdullillah.... kalau perlu elak dari makan ubat kita elak... bukan apa takut buah pinggang kita pulak yang terima kesannya... terapi ozon x perlukan pengambilan sebarang ubat cukup sekadar proses penapisan darah jer.. tapi kalau kita nak vitamin ker boleh dibuat sekaligus sewaktu penapisan darah ni dijalankan tanpa perlu rasa sakit!!!....
Si kembang Cina belum dipanggil sudah datang memiliki rupa paras yang memikat, pandai memujuk dan taat . Jadilah kalian anak anak yang berakhlak mulia bijaksana serta taat pada Sang Pencipta.... Pergilah lebarkan sayap ke setiap pelusuk dunia mencari ilmu Allah dan berbakti di jalan Illahi...
Ahad, Februari 26, 2012
Isnin, Februari 06, 2012
GolD Coast Morib...
dah sampai pun... mak oii jauhnya dri Kl kalau aku tau ambil jalan PD kebetulan semalam kami Jam kat seremban , aku pun terus ambil Highway baru seremban Kajang/ Putrajaya Highway LEKAS... ini maknanya kami dah patah balik menghala ke Port Dickson... hampeh toll. Tapi akhirnya sampai gak.... asala impian anak2 tercapai kira alhamdullillah...
Inilah lokasi kali ini GOLD COAST MORIB... sampai dah.....
maaflah tak dapat ambil gambar lebih2 kat sini... Bateri Kamera, hp semuanya kong.... penat sangat semalam sampai terlupa nak charged.... hahaha apa lagi padan lah muka... nantilah datang lagi sekali kita posing lagi yer... hanya ada beberapa gambar jerlah yang sempat snap.... jadilah buat kenangan untuk 24hb Januari 2012...
Malam Di Kuala Lumpur....
sebelum balik perak kami sebenarnya...terpaksa bermalam di Kuala Lumpur... alkisahnya tak ada orang kat rumah sebab mak ngan kak cik tak balik lagi dari Kelantan... huhuhu... apa-apa pun best gak alang2 dah bermalam di sini kami pun menikmati waktu malam di Kuala Lumpur.... inilah hasilnya...Permandang Kula Lumpur di Waktu malam... kesempatan ini kami ambil dan nikmati sepuasnya.....
Bangunan Sultan Abd Samad pada waktu Malam.. lampu yang berwarna warni berubah setiap detik menjadikannya sesuatu yang amat unik untuk dinikmati pada malam hari.... salah satu daya tarikan Kuala Lumpur.....
Ahad, Februari 05, 2012
Ambil Putih Di KLIA
sampai di KLIA (tempat Kerja adik ipar~ Asyik)dah pukul 11.30 malam.. mujur ada kawan adik ipar yang tolong ambilkn putih kat kedai kucing..kena plak time dia tengah kerja jadi kami terpaksalah ke sini semata-mata nak ambik si Putih... cadang tu memang nak ambil kul 6.00ptg tadi tapi dah tersangkut kat Cameron faham-faham jerlah.... sampai kat sini sedang elok time kapal terbang nak berlepas so apa lagi tunggulah sekejap... sambil budak2 berposing ngan mak su dan pak su dorang...
Cameron Highlands....
Sehari di LumUt PeRak...
Lepas kenduri kat rumah mak, malam tu aku pun bersiap2lah nak balik Johor, mengenangkan permintaan mama yang nak berjumpa ngan adiknya di Lumut kami mengalihkan haluan terus kelumut ikut jalan lama Bagan Serai-Taiping-cangkat Jering-Terong- Pantai Remis-Ayer Tawar Setiawan. kepada Cik Jami n Cik Borhan terima kasih kerana Layanan kelas pertama buat kami sekeluarga... sedap sambal kerang malam tu....
Dari Ayer Tawar kami terus ke lumut... shopping kat jeti Lumut...
Langgan:
Catatan (Atom)