Setiap hujung minggu kalau balik muar ada jer aktiviti kami sekeluarga.. Medan ikan bakarlah, jongging kat Tanjung mas, pegi Pasar Tani...Lokasi balik kampung kali ini tepi sungai melaka... bawa anak2 tengok air pancut berirama... seronok gak layan kerenah anak2 kat sini...
Time bergambar jer anak2 aku ni baik sopan santun....
Air pancut ni akan bergerak seiring dengan irama lagu yang dimainkan. Kalau rendah temponya rendahlah air pancut ni kalau tinggi temponya maka tinggilah air pancut tu....
Walaupun tempat ni gelap tapi ramai orang yang sanggup tunggu untuk menyaksikan irama lagu yang pelbagai kat sini......
kalau gambar ni tak jelas sorrylah yer kamera aku taklah secanggih kamera korang kat luar sana....
gambar ni gambar bot yang menyusuri sungai melaka... kalau korang nak naik boleh bot tu mula beroperasi sekitar jam 7pm sampailah ke tengah malam... harganya pun taklah mahal sangat kira mampulah...
Dewasa Rm10 manakala kanak2 pulak Rm5 sahaja.
Permandangan menyusuri sungai melaka ni memang best.. tak dapat lah kat tempat lain....kalau datang melaka rugi kalau tak naik "Melaka River Cruise"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan