Jumaat, Jun 10, 2011

KeReTa LeMbU @ MeLaKa - 10 Jun 2011



Lama dah teringin nak naik  kereta lembu ni... tapi kali ni tak kira apa dah.. naik jerlah.... RM 10 untuk satu pusingan.. bolehlah bagi pengalaman anak2 naik kereta lembu.... untuk pengetahuan korang aku ngan isteri pun tak pernah naik kereta lembu ni .. rasa macam tak tergamak nak tengok lembu tu.... kesian pun ada..... dek kerana anak dan teman kan dorang kat atas kereta lembu tu aku gagahkan diri..... mula2 tu macam malu pun ada dah tua-tua baru nak naik kereta lembu....hehehe...







Bau kat area ni masyaallah... bau taik lembu sesaja pepaham ajerlah yer... tapi dek kerana nak berposing punya pasal .... kurang oksigen kejap pun tak kisahlah..... untuk kenangan anak-anak apalah salahnya.... busuk pun busuklah.....

bestnya si hasiflah.... jakun tak pernah tengok lembu "kencing".... sampai ke johor rasanya dah 7 kali dia bercerita pasal lembu kencing depan dia..... jakun..jakun... kesian anak jantan aku nie.....
time nak balik... turn ayah ngan umi pulak lah yer..... senyum-senyum.....klik!!  ok dah... jomm balik.... jumpa lagi kat destinasi seterusnya nanti......

Planetarium Melaka 10 Jun 2011

 Pelayaran angkasa Bermula.......
sempena cuti sekolah kali ini  lokasi percutian kami hanya sekitar melaka...yang sempat  ayah dan umi bawa.. maafkan ayah yer... kesibukan bekerja menghalanginya....
lagipun kesihatan opah kat perak lebih utama tak sampai hati nak jalan2 bila mengenangkan opah ngan acu yang baru buka halo vest....

Tiket masuk ke planetarium ni cuma Rm 5 untuk kakitangan kerajaan seperti aku dan isteri untuk anak2 pula dikira sebagai pelajar sekolah cuma RM 1... kalau tak ada diskaun harganya dewasa RM 8 dan kanak2 RM 5...

banyak juga lah info yang kami dapat.... cuma malangnya kami tak berpeluang nak tonton tayangan gambar kat sini katanya tunggu juruteknik bagi green light sebab tengah baiki....ehmmm..

 dah puas menjelajah sekitar planetarium ni kami pun mulalah berposing....

keluasan planetarium ni taklah besar tapi oklah....time kami pegi tak ramai orang meskipun waktu ni cuti sekolah....
terdapat banyak hal yang semuanya berkaitan dengan cakerawala....bintang-bintang, planet-planet yang mengelilingi matahari... senario sekitar kapal angkasa... angkasawan-angkasawan... dan banyak lagi lah... yang pasti amat baik untuk menambah pengetahuan anak-anak yang masih bersekolah.....
 kenangan bersama angkasawan negara..... walaupun hanya dalam gambarr....... jadilahh....

 Cabaran Membawa kokpit kapal angkasa ....

 dah sampai ke planet mana lah... humairah ngan adik hasif terobang di angkasa....
Yeahhhhh.... dah sampai masa nak mendarat..... tibalah masa nak balik jomm..... kita nak kereta lembu pula.....