Pelayaran angkasa Bermula.......
sempena cuti sekolah kali ini lokasi percutian kami hanya sekitar melaka...yang sempat ayah dan umi bawa.. maafkan ayah yer... kesibukan bekerja menghalanginya....
lagipun kesihatan opah kat perak lebih utama tak sampai hati nak jalan2 bila mengenangkan opah ngan acu yang baru buka halo vest....
Tiket masuk ke planetarium ni cuma Rm 5 untuk kakitangan kerajaan seperti aku dan isteri untuk anak2 pula dikira sebagai pelajar sekolah cuma RM 1... kalau tak ada diskaun harganya dewasa RM 8 dan kanak2 RM 5...
banyak juga lah info yang kami dapat.... cuma malangnya kami tak berpeluang nak tonton tayangan gambar kat sini katanya tunggu juruteknik bagi green light sebab tengah baiki....ehmmm..
dah puas menjelajah sekitar planetarium ni kami pun mulalah berposing....
keluasan planetarium ni taklah besar tapi oklah....time kami pegi tak ramai orang meskipun waktu ni cuti sekolah....
terdapat banyak hal yang semuanya berkaitan dengan cakerawala....bintang-bintang, planet-planet yang mengelilingi matahari... senario sekitar kapal angkasa... angkasawan-angkasawan... dan banyak lagi lah... yang pasti amat baik untuk menambah pengetahuan anak-anak yang masih bersekolah.....
kenangan bersama angkasawan negara..... walaupun hanya dalam gambarr....... jadilahh....
Cabaran Membawa kokpit kapal angkasa ....
dah sampai ke planet mana lah... humairah ngan adik hasif terobang di angkasa....
Yeahhhhh.... dah sampai masa nak mendarat..... tibalah masa nak balik jomm..... kita nak kereta lembu pula.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan