Rabu, Disember 21, 2011

@ Pantai Senibong, Permas Jaya


~sENibOnG ~

Semalam... selepas tengok Pameran Kraf Malaysia di Angsana Johor , perut pun mula lah berirama , bukan tak nak makan di angsana saja tapi dah agak lewat, kedai pun dah banyak tutup... tadi tengahari dah makan McD, tak kan nak makan lagi... pizza hut plak dah makan 2 hari lepas... ehm congak punya congak tanya anak2 so keputusannya kami pegi senibong di Permas Jaya.

Makan kat sini best sikit suasananya, sejuk berangin... sepoi-sepoi. Sebelum masuk hasif sibuk ngan ketam, mana taknya ketam hidup jakun lah katakan...hahaha apa-apa pun makan kat sini sama jer macam makan kat umbai melaka, cuma nama jer lain senibong johor... jom!!!

. Bersama aBBy ... senyum..senyum cak!!

 Syasya & Humaira.... Klik!!

 Semoga Allah satu kan hati kami hingga ke akhirnya.... Amin






LOBSTER (udang kara) Sekilo RM 120.00 siap masak...)
 Jenahak (RM60.00 sekilo) siap masak...

masa ni pukul 10.30 malam... dah nak tengah malam so  aku cuma order yang simple2 jer.. jenahak masam manis, kailan ikan masin, tomyam, dan lobster (yang ni kut special sikit)  menu telor tak boleh tinggal sebab hasif amani adalah peminat telor dadar kronik... sampaikan kat rumah pun isteri aku selalu bebel... ada tak menu lain dari telor dadar ke dik oii umi dah jemu tengok telor...... bagi aku janji dia nak makan dah cukup baik.... sebab hasif jenis yang susah nak makan.... puas pujuk baru nak makan tu pun kena suapkan.... paling tak tahan... ayat power dia adik nak ayah suapkan!!! huhuhu ye lah dik oii nasib baik seketul jer bujang aku ni...sayang  tak terkira lah wei... family aku ni susah  nak dapat lelaki.. aku sendiri pun tunggal lelaki.... apa boleh buat mujur dapat gak lelaki sorang so layan jerlah kerenahnya.....

Pengalaman Canting & Warna Batik


Inilah hasilnya...

Pengalaman ke Pameran Kraf Malaysia  di Angsana Johor Bahru Semalam tak disia-siakan oleh anak2, manakan tidak anak-anak mengambil kesempatan mencanting dan mewarna batik sendiri.... dan inilah hasilnya... Terima kasih kepada kakak dan abang yang memberi tunjuk ajar..... 

Mula-mula anak2 diberi penerangan cara nak gunakan alat canting .... pastu mengenai warna dan cara nak pegang berus dengan betul maklumlah masih baru.... ibarat pantun melayu

buah cempedak diluar pagar
ambil galah tolong jolokkan
kami budak baru belajar
kalau salah tolong tunjukkan



 paling tak percaya hasif dapat membuatnya dengan baik.... comel anak tupai hasif tu


 syasya, abby dan maira dapat membuatnya dengan baik tapi hasif biasalah comot sikit2 dan aku jugalah mangsa kena kemaskan hasilnya......
Terima kasih kepada PD Batik www.pdbatik.blogspot.com

Mencanting batik sendiri


~SaNtai - SantAI~.

dalam dok senda gurau 4 beradik ni masih sempat lagi  berposing.....

SeNgIh....@~@ hAsiF

sebenarnya nak ambik gambar jambatan mini tu .... so nak cover malu suruh hasif posing kat situ hehehehe....  
 

Selasa, Disember 13, 2011

Konvo Hasif ...

dah lama nak update gambar hasif tapi tak berkesempatan.... inilah hasilnya. walaupun simple tapi jadilah untuk dijadikan kenangan untuk anak-anak....






My Darling Isman Ismail.... terima kasih kerana jadi ayah yang penyayang untuk anak2...

JohoR Premium OutLet Senai ....




 Sepetang di Johor Premium Outlet....
 moh ler ke sini jalan2 tengok handbeg, kasut, baju, dan segala macam... sambil beli belah boleh cuci mata.....  salah satu daya tarikab terbaru di johor... ala2 kompleks bebas cukai kat Stulang...

Raya Aidiladha Di Johor.....

  Raya Aidiladha kali ni kami tak balik Perak ... so beraya di rumah opah di johor  jer.... inilah ragam pengarang jantung kami di rumah opah pada hari raya ......







 
Lihatlah ragam Si Pengarang Jantung......







MeLaKa Wonderland 2011

 Destinasi kali ini Melaka Wonderland. Cuti kali ini tak dapatlah nak jalan jauh sebab Humairah yang sibuk ngan kelas tambahan kat sekolah...  dapat bawa anak2 mandi2 kat melaka wonderland pun jadilah...

Janji anak-anak HAPPY...


Baju angry bird dimana-mana... hahaha







ganasnya Abby ngan Hasif....



BYe..byE melaka wonderland!!!!
 Balik dari Melaka wonderland berfoya2 pulak ke JUSCO melaka..... wakakakaka

Muhammad Hasif Amani B. Isman Ismail B. Md Damiri B. Othman B. tak taulah pulak.... hehehehe