Rabu, Disember 21, 2011

Pengalaman Canting & Warna Batik


Inilah hasilnya...

Pengalaman ke Pameran Kraf Malaysia  di Angsana Johor Bahru Semalam tak disia-siakan oleh anak2, manakan tidak anak-anak mengambil kesempatan mencanting dan mewarna batik sendiri.... dan inilah hasilnya... Terima kasih kepada kakak dan abang yang memberi tunjuk ajar..... 

Mula-mula anak2 diberi penerangan cara nak gunakan alat canting .... pastu mengenai warna dan cara nak pegang berus dengan betul maklumlah masih baru.... ibarat pantun melayu

buah cempedak diluar pagar
ambil galah tolong jolokkan
kami budak baru belajar
kalau salah tolong tunjukkan



 paling tak percaya hasif dapat membuatnya dengan baik.... comel anak tupai hasif tu


 syasya, abby dan maira dapat membuatnya dengan baik tapi hasif biasalah comot sikit2 dan aku jugalah mangsa kena kemaskan hasilnya......
Terima kasih kepada PD Batik www.pdbatik.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan