Ahad, Februari 26, 2012

Cuci Darah- Terapi Ozon

23 Feb 2012...
petang jer kepala pun mulalah buat hal.... pening nyer macam diperah2.... ikhtiar aku kali ni pergi ke Taman Impian Emas Skudai JB untuk rawatan Ozon Terapi.
Sampai kat sana pun dalam pukul 2pm... mak oii rupanya ramai uncle2 yang datang.... antaranya dari Tanjung Pinang Indonesia seramai 9 orang dan dari Singapore dalam 4 orang.... nasib baiklah giliran dorang ni dah habis dan aku pun mujur bebanyaklah sebab isteri dah buat temujanji awal2 ngan Nadia (manager kat sini)

Ozon terapi ni sebenarnya untuk cuci darah,  banyak kelebihan kalau kita cuci darah ni... kalau nak tau lebih lanjut boleh layari laman web nie. http://cikwiduri.wordpress.com/2011/04/30/terapi-ozon-cuci-darah/.

nampak tak putih2 yang ada pada tiub berisi darah tu??? itulah kolestrol yang ada dalam salur darah.....


TERAPI ozon mungkin baru di negara ini, tetapi di Eropah dan Amerika Syarikat, ia adalah kaedah paling popular untuk merawat pelbagai jenis penyakit dan memelihara kesihatan.
Ozon untuk tujuan perubatan adalah campuran 0.05-5.0 peratus ozon dan 99.95-95 peratus oksigen.
Ia menghapuskan pelbagai virus, yis, kulat dan protozoa, meningkat ketahanan badan, membersihkan darah dan limpa, menyeimbangkan proses penghasilan hormon dan enzim, mengurangkan radang, menenangkan sistem saraf, mem berhentikan pendarahan, mencegah kejutan, kesan teruk akibat strok, ‘Cardian Arrhythmia’, memulihkan fungsi otak dan daya ingatan serta membuang toksin.
Pengarah Urusan 1Green Product (M) Sdn Bhd, Rahmat Ahmad, berkata terapi ozon adalah sistem rawatan mem bersih saluran darah melalui dua kaedah iaitu ‘Extracorporeal Blood Oxygenation and Ozonation’ dan ‘Simple Access Fluid Extraction.’
“Darah pesakit disedut keluar dan disalurkan menerusi tiub ke tabung terapi ozon sebelum dialirkan semula ke tubuh pesakit selepas dibersih dan diozon mengikut kaedah pertama.
‘Simple Access Fluid Extraction’ pula menyah kotoran dari saluran darah seperti bendalir terbuang, toksin, virus, bakteria dan asid berlebihan ke tabung pembuangan.
Pengurus Jualan dan Pembangunan Perniagaannya, Raja Shaharulhisham Raja Othman, berkata terapi ozon memang popular di Eropah.
“Jika melakukan pembedahan pintasan jantung, darah pesakit masih ada kolestrol, tetapi rawatan terapi ozon membolehkan ia mencuci dan membuang kolestrol dalam darah.
Inilah bukti rawatan cuci darah my lovely wife tempohari.... gambar kawan tak yah lah yer... bukan apa malu aahhh!!

bukan nak promosi klinik ni tapi sekadar nak kongsi maklumat kesihatan jer.... kalau kita sama2 sihat kan alhamdullillah.... kalau perlu elak dari makan ubat kita elak... bukan apa takut buah pinggang kita pulak yang terima kesannya... terapi ozon x perlukan pengambilan sebarang ubat cukup sekadar proses penapisan darah jer.. tapi kalau kita nak vitamin ker boleh dibuat sekaligus sewaktu penapisan darah ni dijalankan tanpa perlu rasa sakit!!!....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan